Tuesday 6 September 2011

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012


Permohonan Secara Online Kemasukan Murid tingkatan 4 Ke Sekolah Berasrama Penuh 

bagi Tahun 2012 akan dibuka pada 1 SEPTEMBER  HINGGA 15 OKTOBER 2011 di laman sesawang 

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. di laman sesawang         http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/


Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Permohonan SMT SMV
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 19 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan Am, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Furniture Maker, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurupaip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing & Finishing Technology (Furniture), Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektrik Industri, Juruteknik Elektronik Audio Visual, Demi Chef, Pembuat & Pereka Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Rendah Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian, Pemprosesan Makanan dan Equine Industry Programme.
Kolej Vokasional pula menyediakan 16 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Pembinaan, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan udara, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri


SYARAT UMUM MEMOHON

1. pemohon telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2011
2. Kesihatan
    i. Sihat tubun badan
    ii. Bebas dari masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan, dan lain-lain penyakit yang menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (awam, mekanikal, dan elaktrikal) mestilah tidak rabun warna.

SYARAT KHUSUS MEMOHON

Kolej Vokasional        - Peperiksaan Percubaan PMR (Pencapaian baik)
Teknikal                       - Peperiksaan PMR 2011 (Minimun B dalam semua subjek)
Vokasional                  - Peperiksaan Percubaan PMR (Pencapaian sederhana)
Kemahiran                  - Peperiksaan Percubaan PMR (Pencapaian rendah)

CONTOH BORANG PERMOHONAN (PERLU DIISI SECARA ONLINE)

Sila layari laman web ini untuk melihat contoh borang permohonan secara online http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/BorangKemasukan2012%20(2).pdf

PERMOHONAN

Sila layari laman web ini untuk mengisi borang permohonan
http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm

SENARAI KOLEJ/SEKOLAH TAHUN 2012

Sila layari laman web ini untuk melihat senarai kolej/sekolah tahun 2011

SENARAI KURSUS 2012

Sila layari laman web ini untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/SenaraiKursus2012.pdf


Sekian, terima kasih.

Monday 15 August 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA(MTD) TINGKATAN 4 TAHUN 2012


MAKTAB TENTERA DIRAJA

PENGUMUMAN

TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE
MTD BAGI TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN 2012

1.      Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.

2.      Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.      Warganegara Malaysia.    
b.        Jantina – Lelaki.
c.        Tinggi Minimum -  152 sm.
d.        Berat Minimum -  40.5 kg.
e.        Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
f.         Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
g.        Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah  tidak melebihi 6/12.
h.        Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
i.          Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B  (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) dan berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR sebenar Tahun 2011.
j.          Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.
k.        Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
l.          Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Ingerís, Matematik dan Sains).

CARA MEMOHON

1.      Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.

2.      Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:

                        Sel Pemilihan
                        Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
                        Maktab Tentera Diraja
                        Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR

3.      Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4.      Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.

5.      Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.

6.      Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor
       03-90867470/7471.


PROSES PENGIRAAN MARKAH UJIAN KHAS MTD (UKMTD)

1.  Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
                       
                        a.         Pemeriksaan kesihatan (Wajib)                    -  (mesti lulus untuk mengikuti ujian fizikal)
            b.         Ujian Akademik                                              =          50%
                        (1)         Keputusan Percubaan PMR              -           40 Markah
                        (2)        Ujian IQ                                              -           40 Markah
            c.         Ujian Fizikal                                                     =          30%
                        (1)        Ujian Fizikal                                        -           30 Markah
                        (2)        Penilaian Sukan                                 -           10 Markah
                        (3)        Penilaian Kepimpinan                        -           10 Markah
            d.         Temuduga Akhir                                             =          20%
                        (1)        Personaliti                                          -           10 Markah
                        (2)        Komunikasi                                        -           10 Markah
                        (3)        Pengetahuan                                      -           10 Markah
                        Jumlah Keseluruhan                                       =          100%


2.  Pemohon yang berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD. Permohon yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan tempat pengajian di MTD dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya  6A 2B ( A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Saturday 13 August 2011

BUDAYA BELAJAR


Cara belajar yang betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama  - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan.  Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua  - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.  Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut.  Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.  Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga  - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.  Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat  - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.  Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.  Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.  Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima  - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.  Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.  Jangan ikut perasaan.  Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya.  Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.  Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam  - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari.  Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu.  Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.  Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan  - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda.  Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya.  Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.  Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji.  Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau  tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar.  Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka.  Tukar pendapat antara satu sama lain.  Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain.  Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka.  Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik.  Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah.  Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke  6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.  Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut.  Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.  Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. 

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak.  Apa yang anda hendak capai.  Apakah corak hidup yang anda hajatkan.  Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.  Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?  Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.  Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.  Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas .  Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan.  Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya  dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga.  Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga.  Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya.  Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September.  Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.  Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika  anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil.  Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.  Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji.  Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.  Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda.  Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar.  Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda.  Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut.  Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka.  Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah.  Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah.  Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. 

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi.  Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut.  Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda.  Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka.  Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata.  Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni.  Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan.  Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

_____________________________________________________________________ 

LAWATAN AKADEMIK KE KOLEJ MATRIKULASI JOHOR, TANGKAK


1.0
Tajuk Program
:
Program Kecemerlangan SPM




2.0
Tajuk Aktiviti
:
Lawatan Akademik dan Teknikal ke Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat




3.0
Rasional
:
        Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam kelas. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran dengan mengadakan aktiviti-aktiviti diluar kelas seperti lawatan dan sebagainya. Ia secara tidak langsung mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid seterusnya meningkatkan motivasi murid-murid untuk lebih cemerlang di dalam peperiksaan.
Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik merancang satu program iaitu Lawatan Akademik dan Teknikal ke Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. Projek lawatan ilmiah ini bertujuan membuka minda para pelajar dengan pengalaman baru serta memperlihatkan keprihatinan tentang kepentingan pengajian tinggi demi masa depan yang lebih gemilang seterusnya mamastikan hasrat kerajaan tercapai iaitu kearah negara berpendapatan tinggi. Melalui lawatan ini juga para peserta diberi peluang meneroka dan mengenali potensi diri sedia ada dan tahap yang perlu dicapai bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi seterusnya melahirkan generasi baru penggerak kemajuan negara.




4.0
Matlamat
:
Melahirkan generasi yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing.




5.0
Objektif
:
5.1 Membentuk dan melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat menguasai ilmu dan kompetensi generik.

5.2  Melahirkan murid-murid yang boleh menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program lawatan ilmiah ke pusat-pusat pengajian tinggi.

5.3   Memberi pengalaman secara langsung kepada murid-murid tentang suasana pembelajaran di pusat pengajian tinggi.

5.4  Memupuk sikap positif, semangat kental dan bermotivasi tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.




6.0
Sasaran
:
70 Calon SPM 2011




7.0
Pengisian
:
7.1 Taklimat
7.2 Lawatan




8.0
Tarikh
:
05 Julai 2011 (selasa)




9.0
Tempat
:
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.





















Thursday 5 May 2011

SEMAKAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN SPM 2010

SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKDEMIK 2011/2012 BOLEH DIBUAT MULAI 6 MEI 2011. SILA LAYARI LAMAN SESAWANG upu.mohe.gov.my

Wednesday 27 April 2011

Semakan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan  PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012  boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ mulai 28 April 2011. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut . Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan  melalui laman sesawang yang sama mulai 28 April hingga 13 Mei 2011.
 
Semakan melalui sistem SMS boleh dibuat dengan menaip perkataan MOE<jarak> MAT<jarak>[no_kp] dan hantar ke 15888.

Tuesday 26 April 2011

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM RENDAH SESI 2011/2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera, makluman kepada semua lepasan SPM 2010. Pendaftaran pelajar Tingkatan Enam Rendah bagi sesi 2011/2012 akan diadakan pada 9 Mei 2011.Sehubungan itu semua pelajar lepasan SPM 2010 boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan secara atas talian di laman sesawangwww.moe.gov.my mulai 2 Mei 2011. Sila cetak dan bawa surat tawaran dari laman sesawang semasa mendaftar di sekolah dan aliran yang telah ditetapkan. Mohon berhubung dengan Unit Pengurusan Sekolah, PPD Kulaijaya ( u.p En Anuar Bin Jaafar , Pen. PPD Menengah ) untuk makluman lanjut atau sebarang kemusykilan. Sekian terima kas

Tuesday 19 April 2011

KERJAYA PILIHAN : JURUTERBANG

JURUTERBANG

Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.



Ciri-ciri peribadi yang diper
lukan:

+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.


Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C+ dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.


Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MA
S, Asia Pasific Flight TrainingMalaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.









Untuk maklumat lanjut sila layari link di bawah:
Asia Pasific Flight Training.
HM Aerospace Sdn Bhd
British Airways
TUDM