Tuesday 6 September 2011

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. di laman sesawang         http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/


Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Permohonan SMT SMV
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 19 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan Am, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Furniture Maker, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurupaip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing & Finishing Technology (Furniture), Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektrik Industri, Juruteknik Elektronik Audio Visual, Demi Chef, Pembuat & Pereka Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Rendah Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian, Pemprosesan Makanan dan Equine Industry Programme.
Kolej Vokasional pula menyediakan 16 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Pembinaan, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan udara, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri


SYARAT UMUM MEMOHON

1. pemohon telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2011
2. Kesihatan
    i. Sihat tubun badan
    ii. Bebas dari masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan, dan lain-lain penyakit yang menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (awam, mekanikal, dan elaktrikal) mestilah tidak rabun warna.

SYARAT KHUSUS MEMOHON

Kolej Vokasional        - Peperiksaan Percubaan PMR (Pencapaian baik)
Teknikal                       - Peperiksaan PMR 2011 (Minimun B dalam semua subjek)
Vokasional                  - Peperiksaan Percubaan PMR (Pencapaian sederhana)
Kemahiran                  - Peperiksaan Percubaan PMR (Pencapaian rendah)

CONTOH BORANG PERMOHONAN (PERLU DIISI SECARA ONLINE)

Sila layari laman web ini untuk melihat contoh borang permohonan secara online http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/BorangKemasukan2012%20(2).pdf

PERMOHONAN

Sila layari laman web ini untuk mengisi borang permohonan
http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm

SENARAI KOLEJ/SEKOLAH TAHUN 2012

Sila layari laman web ini untuk melihat senarai kolej/sekolah tahun 2011

SENARAI KURSUS 2012

Sila layari laman web ini untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/SenaraiKursus2012.pdf


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment