Thursday, 5 May 2011
SEMAKAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN SPM 2010
SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKDEMIK 2011/2012 BOLEH DIBUAT MULAI 6 MEI 2011. SILA LAYARI LAMAN SESAWANG upu.mohe.gov.my
Wednesday, 27 April 2011
Semakan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ mulai 28 April 2011. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut . Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan melalui laman sesawang yang sama mulai 28 April hingga 13 Mei 2011.
Semakan melalui sistem SMS boleh dibuat dengan menaip perkataan MOE<jarak> MAT<jarak>[no_kp] dan hantar ke 15888.
Tuesday, 26 April 2011
SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM RENDAH SESI 2011/2012
Assalamulaikum dan salam sejahtera, makluman kepada semua lepasan SPM 2010. Pendaftaran pelajar Tingkatan Enam Rendah bagi sesi 2011/2012 akan diadakan pada 9 Mei 2011.Sehubungan itu semua pelajar lepasan SPM 2010 boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan secara atas talian di laman sesawangwww.moe.gov.my mulai 2 Mei 2011. Sila cetak dan bawa surat tawaran dari laman sesawang semasa mendaftar di sekolah dan aliran yang telah ditetapkan. Mohon berhubung dengan Unit Pengurusan Sekolah, PPD Kulaijaya ( u.p En Anuar Bin Jaafar , Pen. PPD Menengah ) untuk makluman lanjut atau sebarang kemusykilan. Sekian terima kas
Tuesday, 19 April 2011
KERJAYA PILIHAN : JURUTERBANG
JURUTERBANG
Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:

+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.
Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.
Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C+ dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.
Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.
Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Asia Pasific Flight Training, Malaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.


Untuk maklumat lanjut sila layari link di bawah:
- Asia Pasific Flight Training.
- HM Aerospace Sdn Bhd
- British Airways
- TUDM
Friday, 15 April 2011
SENARAI IPTA DI MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)
